Sunday, March 6, 2011

Awk rapat-rapat dgn sy..syg awk!

Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..

Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka :  Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!
Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???
Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ......

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk diri y teramat hina ini~

Tuesday, March 1, 2011

76 TIPS MEMENANGI HATI WANITA ~~


1.      Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
2.      Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
3.      Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
4.      Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
5.      Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
6.      Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
7.      Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.
8.      Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
9.      Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
10.  Akui perasaannya bila dia merasa marah.
11.  Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
12.  Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
13.  Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
14.  Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
15.  Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya ‘Saya kasihan awak tersinggung’. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.
16.  Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
17.  Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
18.  Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
19.  Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
20.  Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
21.  Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.
22.  Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
23.  Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
24.  Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
25.  Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya’. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
26.  Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan ‘Aku cinta padamu’.
27.  Katakan ‘Aku cinta padamu’ sekurang-kurangnya sekali sehari.
28.  Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
29.  Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
30.  Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.
31.  Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
32.  Basuhkan kereta yang dipakainya.
33.  Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima’ jika itu yang dia suka.
34.  Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
35.  Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya.
36.  Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima’.
37.  Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
38.  Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
39.  Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
40.  Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.
41.  Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
42.  Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
43.  Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.
44.  Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.
45.  Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
46.  Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.
47.  Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
48.  Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.
49.  Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
50.  Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.
51.  Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
52.  Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.
53.  Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti ‘Awak nampaknya gembira hari ini’ atau ‘Awak nampak letih’ dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
54.  Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.
55.  Solat bersama dan berdoa bersama.
56.  Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
57.  Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.
58.  Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.
59.  Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
60.  Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.
61.  Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.
62.  Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.
63.  Bila dia memasak, pujilah masakannya.
64.  Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan ‘Betul kata awak’. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.
65.  Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.
66.  Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.
67.  Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.
68.  Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
69.  Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.
70.  Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
71.  Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.
72.  Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.
73.  Belikan untuknya makanan yang dia gemari.
74.  Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.
75.  Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.
76.  Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

Saturday, February 26, 2011

Hati, Kecewa, Dendam, dan Maaf

Hati ini tidak pernah berbohong, mungkin ucap kata dari mulut kita terlalu berbeza, mimik wajah boleh menipu... sebuah kekecewaan itu bagaimanapun ditutupi dengan indah nya hidup dan gelak tawa tetap saja akan terasa dalam dan bahkan terlalu dalam untuk menyakiti hati.

Menjaga hati itu bukan lah hal yang mudah, bagaimana kita boleh tetap menjaga emosi dan perasaan pada sebuah hal yang sulit saat dimana kita mempunyai sebuah perasaan hati yang tidak menentu. Sebuah penantian yang tidak ada akhir penentuannya mungkin boleh menjadi sebuah kegusaran hati, namun akan lebih buruk bila sebuah perasaan kecewa yang mendalam sudah tertanam dalam hati kita… sebuah Dendam. bukan hal sulit untuk memaafkan ataupun mencuba menutupi dengan sebuah perasaan lain dari sebuah kekecewaan hati, namun melupakan nya lah yang akan memerlukan waktu yang teramat panjang dalam hidup ini.

Dan aku pun demikian, sampai saat ini masih tersimpan sebuah kekecewaan yang besar dalam hati. Lama & xmungkin hilang hingga berubah menjadi sebuah dendam. membalasnya secara kasar dengan perbuatan serupa mungkin sebuah hal yang mudah. Namun disini sebuah kata maaf pun rasanya terlalu berat untuk diberikan.

Tapi mencuba berfikir untuk masa depan, rasanya tidak bijak bila kehidupan kita di masa datang kelak hanya dipenuhi dengan perasaan tidak jernih, perasaan takut, marah, dan dendam yang terlalu dalam. Maka dengan segala kelapangan dada dan perasaan hati, bukan sebuah pembalasan serupa yang layak aku berikan untuk mereka, tapi sebuah timbal balik yang ironis bagi mereka dimana aku menunjukkan bahawa mereka telah melakukan sebuah kesalahan kepadaku. Aku berikan mereka sebuah pembalasan tidak mungkin mereka perkirakan.

Sekarang yang mesti dilakukan bukanlah mencari siapa yang salah dan siapa yang benar, tapi merenungkan hal apa yang menyebabkan sebuah perselisihan terjadi sehingga jangan sampai terulang lagi, seperti yang mungkin aku pun tidak akan pernah  melupakan kekecewaan ini, tapi sebuah maaf untuk mereka.....

Thursday, February 24, 2011

~~BILA LELAKI KEHILANGAN TULANG RASUK~~

♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang
rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak
cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA.

WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.

Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya.

Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah
kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.

*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat...*

*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata
yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?

Kira merasakan akan
*menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*

*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima?? *

semoga bermanfa'at


 Ambil Hikmah sebuah Pengalaman

✿ Prinsip ABC ✿

✩ A mbil yang baik
✩ B uang yang buruk
✩ C iptakan yang baru

Keep Istiqomah wa HAMASAH

Monday, February 21, 2011

yOur loVing Touch does mOre thAn yOu realise..~~~

Menyusui bayi

Menyusukan bayi adalah kerja paling penting bagi kedua-dua ibu dan ayah baru dalam dunia baru keibubapaan ini.Panduan ini akan membantu anda memulakan perjalanan ini, termasuk menyusui kali pertama hingga mengatasi masalah penyusuan.

Menyusui bayi

Memberi susu ibu 

( susu gantung)

• Apakah cara terbaik untuk menyimpan susu badan?

• Apakah faedah penyusuan badan?

• Bagaimanakah saya boleh meningkatkan jumlah susu yang saya keluarkan?

• Bayi enam bulan saya bangun pada waktu malam dan tidak mahu kembali tidur tanpa diberi susu badan

• Bayi saya berusia lima hari menyusu setiap dua jam. Adakah ini normal?

• Bersedia untuk menyusui

• Diet untuk wanita sihat yang menyusui

• Ibu bekerja dan mengepam susu

• Menyusu kali pertama

• Menyusu semasa berpuasa

• Tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda mendapat susu yang mencukupi


Masalah penyusuan badan dan cara mengatasinya

• Apa patut dilakukan bila bayi yang menyusui mengigit anda

• Bekalan susu yang rendah

• Duktus tersumbat

• Mastitis

• Menolak penyusuan badan

• Menyusu dan seriawan

• Payudara bengkak

• Puting pedih


Memberi susu formula ( susu lembu ) eh..eh...susu botol...

• Banyak manakah susu formula yang diperlukan oleh bayi saya?

• Bayi lapan minggu kami minum susu formula. Dia sering kelihatan lapar. Bolehkah kami menambahkan bijirin ke dalam susunya?

• Maklumat asas tentang penyusuan botol



nantikan kemunculan panduan2 ini...





pEsAnAn boOowat bAkAl sUaMi ku...



Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak. 

Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna. Kerananya ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah.

Kepadamu yang akan memilihku kelak…

Aku tak sebijak bonda Khadijah, kerananya ku ingin kau tahu, aku bisa saja berbuat salah dan begitu membebalkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu.

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. 

Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kau dan malaikat-malaikat kita nanti Insya’Allah. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus membenahi istana kecil kita, agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.Ataukah kau akan menemukanku terkantuk-kantuk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetik pun tertidur kerana harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang menangis, dan ku tahu kau letih mengais rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak…

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis dan tak terkontrol, bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku. Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul pelan si kecil kerana lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan membentakku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak…

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku…

Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu. Maka jangan pernah berpaling dariku. Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah iaitu rasa cintaku padamu.
Ketahuilah… Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu. Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna. Maafkan aku kerana aku bukan puteri. 

Aku hanya wanita biasa.